Wednesday 7 January 2015

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Cemerlang UPKK 2014

PUTRAJAYA 22 Dis. - Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2014 mencatatkan pencapaian terbaik bagi tempoh tiga tahun berturut-turut dengan seluruh negeri mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan 100 peratus tanpa D.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, pada tahun lepas keputusan UPKK mencapai kelulusan 99.99 peratus.

Sebanyak 27,614 orang calon (15.29 peratus) memperoleh agregat 8A pada tahun ini berbanding 22,608 orang calon (12.22 peratus) tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3.1 peratus, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan UPKK 2014 di sini hari ini.

Melaka merupakan negeri tertinggi memperoleh peratus agregat 8A iaitu 26.7 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan (23.76 peratus) dan Sabah (21.71 peratus), katanya.

“Mata pelajaran Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 100 peratus, diikuti bidang Al-Quran mencapai 99.36 peratus lulus.

“Ini menjadi penanda aras kepada kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” kata Othman.

Mata pelajaran Ulum Syariah mencatat kelulusan 85.55 peratus; (Jawi, 92.53 peratus), (Sirah, 82.70 peratus); (Adab, 88.98 peratus) dan (Lughatul Quran, 82.39 peratus).

Katanya pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 1.76 peratus berbanding tahun lepas iaitu 1.86 peratus, meningkat sebanyak 0.1 mata.

Negeri terbaik dalam peperiksaan UPKK 2014 berdasarkan GPN adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan GPN 1.56, diikuti Selangor GPN 1.57 dan Melaka GPN 1.59, katanya.

Sumber bernama : Bernama
-----------------------------------------------------------------
TAHNIAH !! kepada anak2x Dhaniyah kami yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPKK 2014 

Seramai :
#‎8A‬ 11 org
TAHNIAH !!

Semoga usaha kami di tahun baru 2015 ini akan di berkati oleh ALLAH SWT ..

http://usrahdhaniyah.blogspot.com


Friday 13 June 2014

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

PENDAFTARAN MASIH DI BUKA

Assalamualaikum wrbt ...

Alhamdulillah, semua yang di impikan telah terlaksna dengan izin ALLAH ..
Akhirnya pelajar kami sudah pun menjangkau 60 orang pelajar ..
Kami juga ada menawarkan kelas tutor untuk yang sangat memerlukan pemerhatian lebih dan mungkin pelajar yang sangat lemah ..

Berikut adalah jadual di kelas kami :

  • Kelas bermula dari jam 8.00 malam sehingga 9.30 malam setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad

  1. Isnin - Matapelajaran ADAB/AKHLAK ISLAMIAH - ustazah Aldilla bte Ishak & ustazah Zawiya bte Zakariah
  2. Selasa - Matapelajaran BAHASA ARAB/LUGAH AL QURAN - ustazah Lydia & ustazah Zawiya bte Zakariah
  3. Rabu - Matapelajaran JAWI - ustazah Zawiya bte Zakariah
  4. Khamis - Matapelajaran SIRAH ustazah Khairiah bte Abdullah
  5. Jumaat - Matapelajaran ULUM SYARIAH ( AQIDAH & IBADAH ) ustaz Muhammad bin Abdul Wahab & ustazah Aldilla bte Ishak
  • Kelas mengaji juga di jalankan serentak setiap malam bermula jam 8.00 malam hingga 9.30 malam kecuali Sabtu dan Ahad ( pilihan di berikan kepada ibubapa/penjaga pilih 3 hari mengikut keselesaan anda menghantar anak mengaji )
Yuran yang kami kenakan kepada setiap pelajar ialah :

  • Pendaftaran : RM2O
  • Kelas UPKK : untuk satu subjek ialah RM40 ( kepada yang ambil semua subjek UPKK kami menawarkan subjek secara percuma )
  • Kelas mengaji : RM30 ( untuk 3 hari mengaji dan di beri kelonggaran untuk memilih hari yang sesuai )
* pendaftaran masih di buka hingga sekarang ..




* teruskan mendaftar *

Wednesday 5 February 2014

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

Kami sudah mula beroperasi

Assalamualaikum wrbt ...
Akhirnya kami sudah beroperasi di permis sendiri .. Alhamdulillah, syukur sangat kepada ALLAH walaupun x seindah mana tapi kami berjanji akan memberikan yang terbaik untuk anak2x didik kami hingga berjaya ..

Pusat Tuisyen Dhaniyah menawarkan kelas UPKK terbuka kepada pelajar tahun 3 hingga 5 yang bakal menghadapi UPKK dan juga untuk calon2x persendirian .. Tenaga pengajar kami terdiri dari ustaz dan ustazah yang dedikasi dan inovatif serta cemerlang dalam mendidik anak2x didik kami sehingga berjaya . Selain daripada kelas UPKK kami juga menawarkan kelas mengaji, hafazan dan tajwid untuk pelajar yang berusia seawal 4 tahun sehingga 15 tahun .

Pendaftaran masih di buka bermula 03/02/2014 dari jam 8 malam hingga 9.30 malam . Tuisyen kami bertempat di alamat seperti yang berikut :

PUSAT TUISYEN DHANIYAH
( ATAS KEDAI MAKAN PESONA DELI )
NO 43-1, JLN TU 3, TAMAN TASIK UTAMA,
75450 AYER KEROH, MELAKA

HUBUNGI KAMI :

01126246167
0129754565

Di sini ada kami sertakan sedikit gambar tempat baru kami . Kepada semua, selamat datang kami ucapkan semoga permulaan ini di permudahkan segala urusan .. Ameen


: kelas berwarna warni dan selesa :






: kelas yang luas :

Sekian dahulu daripada kami, sesungguhnya yang buruk dan hina itu datangnya dari kami dan yang baik lagi terpuji itu datangnya dari ALLAH SWT

Thursday 12 December 2013

0 Comments
Posted in Arrangement, Art, Business

PROGRAM PERKASA MINDA

Assalamualaikum wrbt ..
Alhamdulillah, akhirnya hajat saya dan sahabat saya untuk buka pusat tuisyen tercapai walaupun baru sahaja kami berjinak-jinak .

Bermula dengan memperkenalkan pusat tuisyen kami yang tidak seberapa ini kami menyewa di MUMTAZ home tuition di No 67 Jalan TU26, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka .

Untuk itu kami membuat satu program cuti sekolah, iaitu " Program Perkasa Minda " .
Program ini di adakan selama 8 hari dengan tenaga pengajar dua orang guru dan seorang pembantu serta penyertaan pertama kami seramai 19 orang pelajar yang terdiri dari lingkungan umur 6 tahun hingga 14 tahun semuanya .

Dengan yuran penyertaan sebanyak RM150 dan pendaftaran sebanyak RM20 beserta makan dan minum bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang .

Semua pelajar di dedahkan dengan semangat kerjasama dan setia kawan sepanjang program di jalankan, kami juga melantik mentor untuk setiap kumpulan . Kami mengajar ilmu fardhu ain, solat, hafazan, pelajaran asas jawi dan bahasa arab untuk pendedahan awal pusat tuisyen kami .

Di sini kami sertakan gambar-gambar program kami untuk tatapan semua . Apa yang kami harapkan ialah semoga kami berjaya melahirkan insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat . Doakan kejayaan kami :)

:: fail program ::

 : program di jalankan :

 : pelajar kami yang ceria dan bermacam ragam :



 : solat jangan lupa :



 : jom cantum perkataan JAWI :





 : kita tengok siapa yang kena :







 : lapar !! :



 : berdoa sebelum permainan di mulakan :












 : alpha juara :






 : juara kami alpha :



  : payphone :

Semoga mereka semua berjaya di dunia dan di akhirat .. Teruskan menyokong kami !! Tanpa anda, siapalah kami ..

    Kata² Hikmah

    Burung

    Siang & Malam

    halwa telinga

    About

    PUSAT TUISYEN DHANIYAH
    NO 16 JALAN TU 31,
    TAMAN TASIK UTAMA,
    75450 AYER KEROH, MELAKA


    HUBUNGI KAMI :

    01126246167 (WHATSAPP SAHAJA)
    0129754565
    01136673451
Allah